Tuesday, October 4, 2022

Pakatan Harapan janji reformasi institusi nasional

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Agenda awal yang menjadi keutamaan Kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya selepas memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 ialah mereformasi institusi-institusi nasional bagi menyelesaikan skandal-skandal besar sama ada 1MDB, FELDA, MARA atau Tabung Haji, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan, tonggak pentadbiran yang bersih seperti pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman telah digantikan dengan pemusatan kuasa yang melampau.

Sehubungan itu, katanya, kaedah terbaik mempertahan, melindungi dan memelihara Perlembagaan adalah dengan membuka laluan kepada kebebasan sivil yang sememangnya mendapat jaminan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru,  kata Lim dalam satu kenyataan, Peguam Negara yang baru akan diberi tanggungjawab untuk menyemak semula atau memansuhkan mana-mana undang-undang yang telah mengekang rakyat daripada menikmati hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya, antara undang-undang yang bakal disemak ialah Akta Antiberita Tidak Benar 2018, Akta Komunikasi dan Multi Media 1998, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pakatan Harapan berazam untuk menumbangakan Barisan Nasional (BN) dalam PRU kali ini dalam apa yang disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ibu segala pilihan raya. –Sarawakvoice 

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru