Esok DAP S’wak umum, guna lambang DAP atau PKR hadapi PRU14 — Chong

0
2

KUCHING: Selepas Pakatan Harapan (Harapan) memutuskan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pakatan itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), DAP Sarawak diberi pengecualian menggunakan logo sendiri.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, parti itu akan memutuskan esok, sama ada DAP Sarawak bertanding menggunakan lambangnya sendiri atau mengikut keputusan Harapan di Semenanjung turut menggunakan logo PKR.

Sebelum ini, Penasihat Harapan Pusat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan calon Harapan di Semenanjung bertanding menggunakan logo di PKR menghadapi PRU14.

DAP pada Khamis lepas membuat pengumuman mengejutkan memutuskan buat pertama kalinya tidak menggunakan lambang roket di Semenanjung bagi menghadapi PRU14.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada sidang media, keputusan dibuat berdasarkan persetujuan bersama gabungan empat parti Harapan menggunakan satu logo khususnya di Semenanjung Malaysia.

Menurut Chong yang juga Pengerusi Harapan Sarawak, pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak, parti itu mempunyai kuasa membuat keputusan sendiri tanpa megambil kira keputusan Harapan Pusat di Semenanjung. –Sarawakvoice