Monday, June 27, 2022

Husam arah semua parti komponen naikkan bendera PKR, turunkan lambang lain

Secara Rawak

KOTA BHARU: Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Kelantan Husam Musa mengarahkan semua parti komponen di negeri itu menaikkan bendera serta lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menurunkan bendera parti lain.

Pengerusi Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Pakatan Harapan (JPH) di Pasir Gudang, Johor malam tadi mengumumkan Harapan menggunakan satu lambang sahaja iaitu lambang PKR menghadapi PRU14.

Husam dalam ceramahnya di Kutan, Kota Bharu Jumaat malam mengarahkan semua jentera parti Harapan memberitahu semua penyokong agar mengundi calon Harapan yang berlogokan PKR pada PRU14 ini.

Husam menyifatkan kejayaan penggunaan logo PKR adalah satu bukti penyatuan dan disiplin dalam Harapan serta menjadi bukti Harapan bersatu serta layak mengurus Malaysia dengan baik. –Sarawakvoice

Foto : Beritadaily.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru