Monday, December 5, 2022

Azmin Ali pula mahu ajar cef orang putih cara masak ayam rendang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tidak mahu ketinggalan, isu nasi lemak rendang krispi turut menjadi “usikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu memuat naik empat foto di Facebook dan berkata rakyat Malaysia berbangga dan tahu bagaimana menghidangkan rendang sebenar.

“Orang putih ada hati ajar orang Malaysia cara masak rendang. Meh sini Chef Min ajar masak rendang. Oh ya, ayam rendang tak ‘crispy’ (rangup) ya?” katanya menyindir juri cef MasterChef UK Gregg Wallace dan John Torode yang mengkritik masakan tradisional itu sebagai tidak rangup.

Sebelum ini, akibat kritikan terhadap masakan nasi lemak rendang ayam sebagai tidak krispi, peserta kelahiran Malaysia dari Pahang Zaleha Kadir Olpin, 48, tersingkir pada pusingan kalah mati pertandingan MasterChef UK 25 Mac lepas.

Kritikan kedua-dua juri itu mendapat reaksi rakyat dari Indonesia, Singapura dan Brunei yang tampil mempertahankan keaslian masakan tradisional Nusantara itu.

Cef selebriti terkenal Datuk Cef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuwan Ismail
turut berang kerana kritikan kedua-dua cef berkenaan dilihat tidak profesional.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pesuruhjaya tinggi British ke Malaysia Vicki Treadell turut menyuarakan pandangan mereka berkaitan isu nasi lemak rendang ayam “tidak krispi” itu. –Sarawakvoice

“Orang putih ada hati ajar orang Malaysia cara masak rendang. Meh sini Chef Min ajar masak rendang. Oh ya, ayam rendang tak ‘crispy’ (rangup) ya?”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru