Friday, September 30, 2022

Ahok kini berstatus duda, cerai Veronica

Secara Rawak

JAKARTA: Majlis hakim yang mendengar permohonan mantan gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok untuk bercerai dengan Veronica Tan, memutuskan “runtuhnya” istana cinta pasangan terbabit yang terbina dua dekad sejak 1997.

Tiga hakim mendengar permohonan berkenaan turut menyerahkan hak penjagaan tiga anak; Nicholas Sean 20, Nathania Berniece 17 dan Daud Albeenner, 12, kepada Ahok sesuai dengan permohonan yang dibuatnya sebelum ini.

Veronica, 40, diarah membayar kos mahkamah Rp476,000 (RM129).

Ahok, 51, mengemukakan permohonan membubarkan perkahwinannya itu pada 5 Januari lepas atas alasan wujud orang ketiga yang diketahui sebagai ahli perniagaan dalam rumah tangga mereka selama ini.

Adik Ahok yang juga peguamnya, Fifi Lety Indra mendakwa hubungan ahli politik terbabit dengan Veronica bermasalah sejak tujuh tahun lepas.

Ahok masih menjalani hukuman penjara Depok, Jawa Barat selepas dituduh melakukan kesalahan menghina Islam. –Sarawakvoice

Foto : Tribun Lampung – Tribunnews.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru