Tuesday, October 4, 2022

Rafizi minta GST mati cepat, turut sindir otak Ahmad Maslan 10 kali ganda bijak

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli menyindir sinis pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan kerajaan pada 1 April 2015.

Paling jelas sindiran Rafizi ditujukan kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan yang dianggap terlebih cerdik ekoran sokongannya pada pelaksanaan GST tersebut.

Rafizi turut mengutip ucapan Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu kepada usahawan di Bukit Jalil 31 Mac lalu.

Menurut Rafizi yang juga Pengasas Invoke Malaysia itu, Ahmad Maslan memberitahu usahawan seluruh Malaysia bahawa dalam otak manusia ada satu trilion sel neuron dan kalau kita guna satu trilion sel otak itu, maka sudah tentu kita cukup cerdik dan boleh buat apa sahaja.

Rafizi mengaku beliau menyemak balik kenyataan tersebut dan mendapat fakta manusia hanya ada 100 bilion sel otak neuron.

Rafizi dalam Ceramah Pakatan Harapan (PH) pada Ahad malam, dengah penuh sinikal berkata, Ahmad Maslan memang manusia terlampau cerdik kerana memiliki 10 kali ganda sel neuron dalam otak berbanding manusia biasa.

Rafizi mengaitkan dakwaan Ahmad Maslan itu dengan kepintaran Ahli Parlimen Pontian itu berkaitan isu pelaksanaan GST di negara ini.

Rafizi dalam kenyataannya menyeru orang ramai mendoakan cukai 6 peratus yang mengundang kenaikan kos hidup itu segera “berakhir riwayat”nya.

“Minta-minta GST mati cepat-cepat lepas ini,” kata Ahli Parlimen Pandan itu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru