Monday, December 5, 2022

BN tabur janji kosong bina LRT, stadium hoki Pulau Pinang – Guan Eng

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menabur janji kosong dengan rakyat negeri itu, mengatakan mahu membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan membina stadium hoki di Jalan Beteki di negeri itu.

Guan Eng menyifatkan janji tersebut hanya untuk kepentingan politik BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum.

Guan Eng menyifatkan janji BN itu umpama menjual surat khabar lama.

“Kalau jual surat khabar lama tak apa… tapi ini berita palsu,” kata Setiausaha Agung DAP itu kepada media di Padang Lalang, Bukit Mertajam pada Isnin.

Guan Eng berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang meneruskan projek perhubungan jalan raya antara pulau tersebut dengan dan tanah besar di Seberang Perai tanpa bantuan kerajaan Persekutuan.

Guan Eng melahirkan rasa kecewa kerana tawaran BN kepada Pulau Pinang sudah berlanjutan sedekad lalu. –Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru