Monday, December 5, 2022

Bagi yang gagal dapat BR1M, permohonan rayuan dibuka semalam hingga 31 Mei

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Kepada yang permohonan BR1M mereka tahun ini tak lulus, anda boleh buat rayuan bermula hari ini 2 April sehingga 31 Mei 2018 di mana-mana cawangan @LHDNMofficial,” umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Twitter dan Facebook beliau pada Isnin.

Kerajaan memperuntuk RM6.8 bilion kepada 7.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018.

Bayaran peringkat pertama bermula 26 Februari lepas. Sementara, peringkat kedua dibayar pada Jun ini.

Manakala, pada Ogos bayaran peringkat ketiga dilakukan.

Dalam cuitannya, Najib berkata pemohon boleh menyemak status mereka dan mendapatkan maklumat lanjut menerusi portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru