KUCHING: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching Datuk Lily Yong berikrar jentera parti sedia menggempur Parti Tindakan Demokratik (DAP) daripada menang mudah di Parlimen Bandar Kuching pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Parlimen Bandar Kuching majoriti Cina menjadi kubu kuat pembangkang tiga penggal, kini disandang Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Namun, Barisan Nasional (BN) melalui SUPP sentiasa bersemangat merampasnya daripada DAP.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Bilik Operasi SUPP Cawangan Kuching bagi Parlimen Bandar Kuching di Jalan Sungai Padungan, Yong berkata tiada jaminan DAP akan terus menang, sebaliknya SUPP sedia menentang musuhnya itu menjadikan mereka sangat sukar

Yong Pengarah Operasi SUPP Kuching bagi mengaku SUPP Kuching mengemukakan dua nama calon lelaki untuk pertimbangan pencalonan bagi menghadapi PRU14 untuk kerusi Parlimen Bandar Kuching. –Sarawakvoice