Tuesday, October 4, 2022

Polis terus ikhtiar lumpuhkan judi 4D haram, 36 serbuan dan 42 individu dicekup minggu lalu

Secara Rawak

KUCHING: Penjualan judi 4D haram terus membarah dalam masyarakat kita, dan sepanjang minggu lalu, 36 serbuan dilakukan oleh pihak polis untuk membanterasnya.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar ketika mengesahkan kes memberitahu, serbuan ini dilakukan di 13 daerah tadbiran polis.

“Serbuan terbanyak direkodkan di Padawan iaitu sembilan serbuan, Kuching (6) dan Miri (4).

“Sebanyak 42 individu dicekup manakala wang tunai berjumlah RM12,251 dirampas.

“Turut disita pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

Kata Dev, dalam serbuan di sebuah kafe di Jalan Poh Yew, Sibu, empat individu ditangkap kerana berjudi di tempat awam.

Pembanterasan judi atas talian pula dilakukan di kedai-kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi yang menawarkan khidmat nilai tambah untuk judi tersebut.

“Sebanyak enam serbuan dilakukan di Kuching, Miri, Kota Samarahan dan Meradong, yang membawa kepada penahanan enam suspek, dan  penyitaan lapan telefon bimbit, dan wang tunai RM2,706.

“Secara keseluruhan, sejak 26 Mac hingga 1 April, 41 serbuan berkait judi dilakukan dan 52 individu berjaya ditahan.

“Daripada jumlah itu, 31 adalah lelaki manakala  kebanyakan suspek berusia di antara 17 hingga 57 tahun,  termasuk seorang warga asing,” katanya.

Kesemua kes tangkapan ini disiasat di bawah kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru