Tuesday, January 25, 2022

Hanipa perjelaskan isu “Jika saya Tuhan” berdasarkan hansard Parlimen

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin kesal dengan isu “jika saya Tuhan…” yang didakwa diucapkannya di Dewan Rakyat pada Khamis lepas — kemudian menjadi kritikan golongan agama termasuk ahli politik tertentu.

Dengan mengecualikan “orang biasa atau cyber trooper” untuk dimaafkan — Hanipa berkata beliau tidak teragak-agak menyaman mereka yang sengaja “menjatuhkan hukuman” tanpa mendengar penuh kandungan ucapan beliau di Parlimen itu.

“Untuk golongan agama yang jatuhkan hukum ke atas saya secara tidak adil, saya tidak teragak agak menyaman anda!” ujar Hanipa memetik laporan Malaysia Dateline pada Sabtu.

Beliau turut menyifatkan mereka ini berbahaya berbanding golongan jahil kerana mereka berilmu, tetapi tidak menggunakan ilmu dengan betul.

Hanipa berkata, beliau tidak menarik balik kenyataan atau memohon maaf berkaitan isu tersebut yang disifatkannya sebagai tidak adil bagi beliau.

Dalam kenyataannya, Hanipa cuba memperjelas dan memperbetul isu tersebut dengan melampirkan kandungan penuh ucapan beliau melalui hansard Parlimen itu.

Dalam perbalahan beliau dengan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeeez Abdul Rahim ketika perbahasan berkaitan RUU Antiberita Tidak Benar 2018, Hanipa berkata “melalui hansard, episod bermula dari YB Baling (Umno) yang keluar kenyataan “kamu ni Tuhankah?”

“…tapi nampaknya golongan yang jatuhi hukum ke atas saya seolah-olah “ignore” kenyataan YB Baling itu?” kata Hanipa.

Beliau menambah, “Apabila ada soalan begitu dari Baling, it is natural untuk pendebat seperti saya menjawab… antaranya saya menjawab “kalau saya Tuhan…” ujar beliau menambah, “akan tetapi, kenyataan saya bukan berhenti setakat itu sahaja.”

Hanipa seperti dilaporkan Malaysia Datleine menjelaskan, “laporan hansard jelas melaporkan saya juga menyambung selepas ayat ‘kalau itu’ dengan ayat berikut ‘akan tetapi sebab saya tidak Tuhan. Tuhan jadikan jugalah orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah yang patut kita lawan’. It is right there in the Hansard!” tegas Hanipa.

Hanipa kesal kerana penjatuh hukum agama hanya berminat mengambil sekerat dan meninggalkan baki kenyataan beliau itu.

Beliau bertanya, “adil ke begitu?” dan menganggap tindakan golongan agama mencemar proses menjatuhkan hukum dalam perundangan Islam.

“Bagi saya, baik dalam fatwa atau dalam penghakiman mahkamah (sivil atau syariah) menghukum cara begitu, bukan sahaja tak betul, malah saya berani kata ia zalim,” ujar Hanipa. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru