Tuesday, October 4, 2022

Rafizi dakwa persempadan baru tidak jejas Melayu sokong PH, hanya margin kurang

Secara Rawak

SERDANG: Selepas diluluskan Dewan Rakyat di Parlimen, sempadan pilihan raya baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diwartakan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 RU14.

Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, persempadanan baru tersebut tidak akan mengalihkan kerusi majoriti Melayu kepada BN.

Sementara, sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan (Harapan) dianggap tidak terjejas, meskipun diakui ia mampu mengurangkan margin yang bakal dimenangi Harapan.

Rafizi yang juga Pengerusi Invoke Malaysia mendakwa Harapan masih mempunyai margin selesa di banyak kawasan.

Menurut beliau, tinjauan Invoke mendapati sokongan pengundi bukan Melayu kekal bersama pembangkang.

Mengutip FMT pada Sabtu, Rafizi pada forum berkaitan kesan persempadanan semula yang disyorkan SPR berkata, sokongan pengundi Cina untuk Harapan ialah 61.3 peratus, manakala BN hanya 5.5 peratus dan Pas sifar.

Sementara bagi pengundi India, mereka menyokong Harapan 42 peratus, manakala BN 19.4 peratus dan Pas 0.3 peratus.

Menurut Rafizi lagi persempadanan semula hanya membantu menambah lebih 1 peratus undi Melayu.

Sementara, peratusan pengundi baharu Cina lebih tinggi berbanding pengundi Melayu dan Rafizi menyifatkan pengundi baharu mengurangkan kesan persempadan semula kali ini.

Bagi Rafizi, pertandingan tiga penjuru di kawasan Melayu tidak menyebelahi BN kerana dinamik sudah berubah sejak PRU13.

Beliau menggariskan perubahan itu antaranya, Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dengan Pas menjadi kuasa ketiga sekarang.

Sementara, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula ini bersama pembangkang. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru