Persempadanan semula tak jejas peluang PAS menang PRU14 – Hadi

0
2

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya tidak banyak menjejaskan peluang parti itu untuk menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata PAS yakin masih boleh memenangi PRU14 menerusi undi golongan muda.

“Kita meletakkan harapan menerusi undi pengundi muda iaitu kira-kira 30% daripada jumlah pengundi sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Rakyat PAS Terengganu hari ini.–BERNAMA