Friday, December 2, 2022

Perang Saudi-Iran boleh meletus sedekad lagi jika Iran tidak disekat lebih berat

Secara Rawak

WASHINGTON: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman dalam wawancara dengan Wall Street memperingatkan, perang Arab Saudi dengan Iran boleh berlaku dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang jika masyarakat antarabangsa tidak mengenakan sekatan ekonomi lebih berat ke atas Iran.

Dalam wawancara eksklusif semasa mengunjungi Amerika Syarikat (AS), Mohammed, 32, yang dianggap pemimpin de facto Arab Saudi itu mahu sekatan lebih berat dilaksanakan bagi menambah tekanan ke atas Iran yang didakwa membangunkan program nuklearnya.

“Jika kita tidak berjaya menjatuhkan sekatan terhadap Iran, kami mungkin akan berperang dengan Iran dalam 10-15 tahun,” ujar Mohammed.

Sejak beberapa tahun lalu, perseteruan Teheran-Riyadh dalam pelbagai isu di Timur Tengah tidak dapat disembunyikan lagi.

Kedua-dua negara berbeza pendapat dan saling bermusuh melibatkan beberapa konflik Timur Tengah termasuk konflik di Syria dan Yaman.

Foto : Republika

Bahkan, perjalanan Mohammed ke AS bertemu Presiden Donald Trump menyebabkan Iran tidak berpuas hati dan menegangkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Iran menanggapi lawatan Mohammed itu sebagai promosi memastikan diri baginda menaiki takhta sebagai Raja Arab Saudi pada masa akan datang.

Sebelum mengunjungi AS, Mohammed mengeluarkan kenyataan kontroversi bahawa Arab Saudi akan memasuki perlumbaan senjata nuklear dunia jika Iran berjaya mengembangkan sistem senjata pemusnahnya.

Mohammed turut mengecop pemimpin Iran sebagai Hitler baru.

Arab Saudi merupakan salah satu negara membantah Kesepakatan Nuklear yang dicapai oleh Iran dan enam kekuatan dunia pada 2015.

Perjanjian tersebut mencabut sejumlah sekatan ekonomi Iran sebagai ganti mengehadkan pengembangan program nuklearnya bermuka 2016. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru