Kerajaan Pulang Pinang, Selangor sering putar belit isu perumahan, dakwa Exco Pemuda UMNO

0
3

KUALA LUMPUR: Kedua-dua kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor sering memutarbelitkan isu perumahan ini dengan menyalahkan Kerajaan Pusat, kata Exco Pemuda UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin.

Menurutnya, isu perumahan mampu milik yang berlaku di negeri pimpinan Pakatan Harapan itu masih berterusan hingga ke hari ini, namun kedua-dua kerajaan negeri tersebut menafikannya.

Menurutnya, oleh sebab itu Pemuda Umno mencabar kedua-dua pemimpin tertinggi kerajaan negeri tersebut berdebat dalam isu perumahan.

“Saya sendiri akan menjadi wakil Pemuda Umno bagi menghadapi debat ini. Saya sekali lagi mencabar Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) agar berani menyahut cabaran saya ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya menunggu cabaran ini disahut oleh kepimpinan tertinggi di kedua-dua kerajaan negeri ini,” katanya.

Nazir Hussin yang menjelaskan impian golongan muda yang berpendapatan rendah musnah apabila Kerajaan Negeri Selangor membatalkan sembilan projek perumahan mampu milik yang diuar-uarkan di negeri tersebut.

“Demi menegakkan keadilan dan memastikan hak orang-orang muda dijaga maka saya tercabar untuk mengembalikan hak-hak ini,” katanya yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda Umno . –Sarawakvoice

Foto : FMT