ALOR SETAR: Awas, jangan tertipu dengan video hantu kebaya merah yang dirakam pada Rabu lepas dan segera berlegar viral di laman sosial!

Sebaiknya, sebelum membaca atau menonton apa-apa isu berkaitan hantu kebaya merah lebih baik anda membaca kenyataan di bawah.Berikut ialah sembang mereka di laman sosial yang dipercayai bertanggungjawab membuat rakaman video 56 saat itu:

“Aku pakat dengan 3..4 orang member..
Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna…
Lepas tu.. soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.. Yg lain dok tepi jalan ja..yg last dok tgh jalan..manakala aku drive kete (kereta) siap camera..rekod sepanjang jalan..” 

“Boh tajuk gempak2 sikit..kompom viral..sebab…masyarakat kita mudah percaya dan terpedaya dgn cerita2 camni..so apa aku dapat?

Aku dapat perbodohkan org yg mengaku cerdik..hahahaha sekian cerita aku malam ni..”

Pengakuan tersebut dipercayai ditulis oleh individu yang dikatakan bertanggungjawab merakam dan memuat naik video “hantu berkebaya merah” di sekitar Kulim yang kini tular di media sosial dan ditonton sekitar 200,00 kali pada Khamis.

“Hantu” yang sama ditunjukkan muncul di tiga lokasi berbeza sepanjang jalan tersebut sebelum tiba-tiba muncul di tengah jalan sehingga pemandu menghentikan keretanya mendadak.

Kini, mengambil tularan “popular” video hantu kebaya merah itu, beberapa individu atau kumpulan cuba membuat “parodi” meniru rakaman video berkenaan sebagai bahan lawak, seperti dapat ditonton di bawah. –Sarawakvoice