Saturday, May 21, 2022

Abang Jo umum tiga laluan LRT, dijangka beroperasi 2024

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebentar tadi menamakan tiga laluan Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) Kuching, yang dijangka beroperasi pada tahun 2024.

Dalam sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, beliau menamakan tiga laluan itu ialah Laluan Kota Samarahan – Sungai Batu – Damai, Laluan Serian ke Senari dan Laluan Penyuraian Kuching.

Laluan Kota Samarahan – Sungai Batu – Damai akan melibatkan jarak sejauh 62.4 kilometer dan 28 stesen.

“Ia akan bermula di Rembus , Kota Samarahan yang dicadang sebagai depot, dan berakhir di Damai, melalui Sungai Batu.

“Laluan atau jajaran kedua melibatkan Serian ke Senari adalah sejauh 82.0 kilometer, dan melibatkan 26 stesen.

Gambar hiasan/ Foto : Oohhaa Sarawak

“Ia akan bermula di Serian melalui Siburan, dan berakhir di Senari.

Laluan ini katanya, akan mempunyai stesen pertukaran dengan Kota Samarahan-Damai di Bulatan Simpang Tiga.

Jajaran Bandar Raya pula adalah sejauh 10.8 kilometer melibatkan 13 stesen.

Sistem LRT Kuching ini membolehkan penggunanya bergerak di sekitar kawasan utama di bandar raya ini dalam tempoh 30 minit, manakala jarak perjalanan dari Kota Samarahan ke Kuching mengambil masa 50 minit, berbanding 90 minit sekarang menggunakan kenderaan darat, ketika waktu puncak. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru