Tuesday, August 16, 2022

Monyet berwajah manusia ditonton lebih 8.2 juta di Weibo

Secara Rawak

TIANJIN: Seekor monyet berwajah iras manusia di China, viral di media sosial China Weibo bermula 19 Mac dan ditonton lebih 8.2 juta kali.

Istimewanya, ia satu-satunya haiwan di zoo tersebut yang mesra padanan aplikasi pendeteksi wajah manusia pada telefon pintar.

Kini sensasi rakaman video tersebut memasuki YouTube memarakkan lagi perkongsian tontonan video berkenaan.

AsiaOne pada Rabu melaporkan, monyet berusia 18 tahun itu mendiami Zoo Tianjin dan menjadi popular kerana ekspresi wajahnya yang dianggap melucukan, tampak seperti “wajah manusia kebingungan”.

Menurut portal tersebut, monyet tersebut bagaimanapun ebraksi seperti ketua kepada kumpulannya di zoo berkenaan kerana setiap kali ada makanan, ia akan makan dahulu.

Penjaga zoo memberitahu makanan kegemaran monyet jenis capuchin berkepala hitam, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan itu ialah kelapa, strawberi, pisang dan ceri. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru