Sunday, July 3, 2022

Hilux dan MyVi bertembung, pegawai Imigresen maut

Secara Rawak

SARIKEI: Sebuah kenderaaan jenis Toyota Hilux bertembung dengan Perodua MyVi di Jalan Sibu – Tanjung Manis dekat sini semalam.

Kejadian berlaku berhampiran dengan Jambatan Lebaan kira-kira jam 6.30 petang.

Akibat insiden itu seorang pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Sibu maut.

Mangsa yang memandu kereta Perodua MyVi dikenali sebagai Mohamad Hazlee Kiprawi berusia 34 tahun.

Difahamkan mangsa dalam perjalanan dari Kampung Bawang, Matu ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit memberitahu, mayat mangsa akan dibawa pulang ke kampung halaman hari ini untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20 tahun yang turut berada dalam kereta tersebut mengalami patah tangan kanan.

Menurut Stanley, siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran secara berdepan dengan kenderaan Toyota Hilux.

Bagaimanapun pemandu dan penumpang Toyota Hilux yang masing-masingnya berusia dalam lingkungan 36 tahun dan 50 tahun terselamat dalam nahas tersebut. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru