S’wak peruntuk RM174.8 juta untuk skim rumah selesa, tapak lot teratur — Tengah

0
3

SADONG JAYA: Kerajaan negeri meluluskan RM174.8 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi melaksanakan 35 Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) di seluruh Sarawak.

Daripada peruntukan berkenaan, Samarahan mendapat peruntukan RM41.36 juta untuk melaksanakan lima SPK ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, inisiatif kerajaan negeri ini memberi peluang kepada masyarakat kampung memiliki rumah selesa dengan lot kediaman lebih teratur.

Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli meminta masyarakat setempat terus menyokong kerajaan agar setiap perancangan yang dilaksanakan dapat berjalan lancar.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Skim Pembesaran Kampung Sadong Jaya pada Isnin, Tengah berkata projek SPK Sadong Jaya sendiri menelan kos RM8.71 juta.

Projek tersebut menyediakan 290 lot kediaman dengan mempunyai kemudahan lain termasuk surau atau masjid serta industri desa dan beberapa komponen rizab kerajaan. –Sarawakvoice

Gambar fail