Thursday, September 29, 2022

BN perlu menang besar PRU14 demi pastikan tuntutan hak MA63 Sarawak kuat, mantap

Secara Rawak

SIBU: Bagi memastikan suara rakyat Sarawak kuat dan mantap menuntut hak Sarawak yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), rakyat perlu memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sayap Bumiputera Dr Annuar Rapa’ee yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, dalam ucapannya di Sibu berkata BN Sarawak mampu mempertahankan 25 kerusi sedia ada.

Bahkan, menurut beliau BN Sarawak mampu merampas semula empat kerusi Parliman dari tangan pembangkang; Stampin, Sibu, Sarikei dan Miri.

Berucap pada Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa InfraUniKL Zon Sarawak Fasa-3 itu, beliau meminta ketua masyarakat memastikan masyarakat setempat mengundi dan mengekalkan BN. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru