Friday, September 30, 2022

Ada cacing dalam sardin tin!

Secara Rawak

JAKARTA: Ketua Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia di Kepulauan Riau (Kepri) Yosef Dwi Irawan mengakui badan itu mengarahkan tiga pengimport ikan sardin dalam tin agar menarik balik produknya dari pasaran.

Arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan BPOM menunjukkan sememangnya terdapat cacing mati dalam ikan sardin tin yang diimport dari China.

Memetik kompas.com, BPOM dalam kenyataan rasminya pada Jumaat mengumumkan: “Hasil pemeriksaan dan ujian BPOM menemui cacing yang sudah mati pada produk ikan makerel dalam sos tomato di dalam tin 425 gram.”

BPOM mengesahkan daripada ujian, terdapat tiga jenama sardin import yang dipercayai mengandungi cacing mati dan diarah agar ditarik balik dari pasaran.

Laporan tersebut menyebut, produk yang mengandung cacing bahaya dimakan kerana dapat menyebabkan reaksi alahan bagi individu alergi.

foto kompas.com

Jualan sardin dalam tin tiga jenama tersebut khususnya dijual di Batam.

BPOM Kepri di Batam warga setempat bertenang berdepan isu tersebut.

Yosef berkata, BPOM memberikan tempoh sebulan bagi penarikan tiga jenama sardin berkenaan dan pengimport perlu memastikan dalam tempoh tiga minggu tiada lagi sardin jenama tersebut beredar di Kepri.

Setakat ini menurut Yosef, sekitar 50 peratus sardin tercemar itu ditarik dari pasaran melalui pengawasan bersama pihak kesihatan daerah dan kota termasuk di warung kecil.

Yosef mengaku tidak semua produk dari China “bermasalah” kerana ada banyak produk makanan dari China memiliki kualiti baik dan mempunyai piawaian antarabangsa menggunakan proses sterilisasi pemanasan.

Selain itu, masyarakat diperingatkan meneliti maklumat produk sebelum membelinya dan memastikan terdapat izin edar BPOM dengan produk tidak melebihi tarikh luput edaran. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru