Thursday, June 30, 2022

MP PAS: Orang bodoh jahil pun belum pasti termakan

Secara Rawak

KELANTAN: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary mempersoalkan tujuan pihak berkenaan mengungkitkan kembali isu kafir-mengkafir kerana PAS tidak pernah mengajar ahlinya kafirkan orang, sebaliknya PAS dengan misi yang murni dan holistik ingin menyelamatkan akidah ummah.

“Maka di kala ada ucapan pemimpin politik seperti pemerintahan tiada kaitan dengan agama, politik suku agama suku, undang-undang Islam undang-undang lapuk, hanya sesuai pada zaman dahulu, hanya sesuai untuk orang Arab, kalau nak makan sup tangan datang Kelantan, kalau perintah cara Islam Kelantan tidak boleh membangun sebab batu habis buat rejam orang berzina,” katanya dalam satu kenyataan.

“Di tengah-tengah kecelaruan pemikiran menyimpang sehingga nampak gambaran salah terhadap Islam inilah maka PAS bangkit mendidik dengan menekan soal batasan iman dan kufur dalam silibus tarbiah dan dakwahnya,” katanya lagi.

Ujarnya, semua ucapan pemimpin PAS era 80-an termasuk tema Ucapan Dasar Muktamar PAS memfokus ke arah itu.

Malah, katanya, Amanat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi  Awang sebahagian kecil daripadanya yang disebut dalam ceramah, bukan fatwa mengkafirkan orang UMNO tetapi lebih penegasan had dan batasan kufur dan iman.

“Hairan dan melucukan zamannya berkuasalah dibedil Memali membunuh penghuninya yang tidak berdosa, namun sekarang ini pandai menyalahkan Amanat Haji Hadi sebagai punca peristiwa Memali,” tambahnya.

“Analoginya mudah perompak menyalahkan kedai emas yang menayangkan barang kemas sebagai punca rompakan, perogol menyalahkan wanita yang cantik sebagai punca perbuatan, pencuri salahkan kekayaan mangsanya yang menarik perhatian. Padahal dosa dan salahnya jauh lebih besar,” ujarnya.

“Hujah tempang macam ini bagi kami jangan kata boleh mengalahkan kecerdikan Mufti, orang bodoh jahil pun belum tentu termakan,” katanya. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru