Saturday, August 20, 2022

Kini giliran jururawat terima imbuhan, kenaikan gred untuk mereka yang dapat ijazah ketika perkhidmatan — Dr Noor Hisham

Secara Rawak

MELAKA: Golongan jururawat dalam perkhidmatan kesihatan yang berjaya meningkatkan pengajian ke peringkat ijazah akan dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Gred U42, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 2000 jururawat.

“Pada masa yang sama, jangka masa ‘time-based promotion’ juga akan dipendekkan kepada tiga tahun memandangkan mereka (jururawat) sudah mempunyai pengalaman perkhidmatan sebelum mendapat ijazah,” katanya pada sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Jururawat Malaysia yang ke-68 dan Seminar Saintifik.
yang bertemakan “Healthcare Challenges in 2030” di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Sejumlah seribu peserta hadir pada Seminar Saintifik pada kali ini.

Kedua-dua berita baik ini katanya telah diumumkan dalam Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, baru-baru ini.

Kata Noor Hisham, kalau dahulu jururawat adalah tulang belakang Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi kini mereka adalah jantungnya.

“Berhentinya jantung berfungsi, maka rosaklah segala perancangan kesihatan yang telah diatur.” –Sarawakvoice

Foto : Noor Hisham Abdullah

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru