Tuesday, August 16, 2022

Buka semula Wang Kelian demi kemakmuran rakyat

Secara Rawak

PERLIS: PAS Perlis berharap agar Kerajaan Persekutuan mengambil serius usaha untuk membuka semula Wang Kelian demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, Wang Kelian merupakan salah satu daya tarikan yang terkenal dan menjadi mercu tanda pelancongan suatu ketika dahulu

“Tetapi, hari ini Wang Kelian menjadi sunyi kerana polisi yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bahawa tiada lagi ZoPAn Aliran Bebas di antara sempadan Malaysia dan Thailand. Ini menjadikan Pasar Wang Kelian sudah hilang daya tarikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahhya, PAS Perlis menjunjung titah DYMM Tuanku Raja Perlis supaya Zon Aliran Bebas di Wang Kelian dibuka semula sekali gus akan membantu menjana ekonomi rakyat sekitar Wang Kelian.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian ketika merasmikan majlis perasmian pecah tanah jeti bersepadu Sanglang di Bekas Pos AKSEM, Jalan Pantai, Sanglang, Perlis baru-baru ini.

Beliau mengulas titah DYMM baginda yang menyampaikan hasrat baginda kepada  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa beliau mengadakan lawatan kerja ke Perlis, baru-baru ini. –Sarawakvoice 

Foto : Malaysia Travel, Vacation and Tourism

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru