Saturday, June 25, 2022

PAS tidak akan pisahkan Islam dalam berpolitik

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: PAS bukan parti  yang menghukum, tetapi yakin penyelesaian ada bersama Islam.

Menurut Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hendak membawa negara teokrasi, autokrasi dan revolusi.

“PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hendak membentuk negara ala Iran, ala Saudi, bukan IS. Tetapi PAS tetap mengambil pendekatan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau itu ekoran kritikan pihak tertentu bahawa parti Islam itu tidak memasukkan hudud secara khusus dalam manifestonya.

Katanya, PAS dan Gagasan Sejahtera tidak akan memisahkan Islam dalam politik dan bernegara.

“Gagasan Sejahtera juga akan mengukuhkan institusi agama yang sedia ada seperti Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam, jauh sekali untuk menghapuskannya,” katanya lagi.

Akuinya, payah menerangkan kepada golongan yang serba salah ini, yang berpendapat PAS  parti hendak menghukum orang sahaja.

“Daripada 20 tawaran Gagasan Sejahtera yang dibaca oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, perkataan hudud yang dicari,” katanya merujuk kepada manifesto yang diumumkan parti itu minggu lalu.

“Bagi mereka yang perli ini, adakah mereka hendak sokong?,” tanya beliau.

“RUU 355 yang tidak mengubah prinsip apa-apa pun hiruk-pikuk. Pada hal Mahkamah Syariah yang sama, hakim yang sama, pendakwa yang sama. Cuma hendak ditingkatkan bidang kuasa saja daripada 6 rotan kepada 100 sebatan syariah (bukan sebatan mahkamah sivil),” tegasnya. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru