Sunday, May 22, 2022

Tindakan pantas orang awam selamatkan tiga mangsa kemalangan di Pakit, Sri Aman

Secara Rawak

SRI AMAN: Orang awam bertindak pantas pagi tadi membantu tiga mangsa, yang terlekat di dalam lori muatan sejuk beku, selepas kenderaan mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Kem Pakit di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 7.26 pagi dan sebuah jentera FRT serta sebuah ambulans EMRS dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman.

“Setiba di lokasi, pasukan melaporkan insiden melibatkan kemalangan kendiri sebuah lori  10 tan yang membawa muatan makanan sejuk beku yang hilang kawalan sebelum terbabas jatuh ke dalam parit.

“Terdapat tiga mangsa di dalam lori tersebut dan mereka hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Mangsa kata Ling Hii, telah dihantar ke hospital oleh pasukan paramedik Hospital Sri Aman. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru