Tuesday, October 4, 2022

Pegawai Australia, M’sia bantah bangkai MH370 dengan kesan tembakan sudah dijumpai

Secara Rawak

CANBERRA: Pegawai Australia membantah dakwaan jurutera mekanikal, Peter McMahon yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines MH370 berjaya dijumpai.

McMahon, 64, berpengalaman lebih 25 tahun dalam siasatan insiden nahas penerbangan, heboh mengaitkan teori konspirasi berdasarkan citra satelit Google Earth bahawa pesawat tersebut ditembak kerana terdapat kesan lubang peluru pada pesawat berkenaan.

McMahon mendakwa Google Earth menunjukkan posisi MH370 di perairan sekitar 16 kilometer sebelah selatan Mauritus.

Beliau turut mendakwa Badan Keamanan dan Keselamatan Perhubungan Australia (ATSB) percaya foto tersebut ialah MH370.

Jurucakap Pusat Koordinasi Badan Gabungan (JACC) dalam kenyataan rasminya mengaku McMahon pernah menghubungi mereka melalui Facebook dan e-mel pada 2016 dan 2017 sereta mengirimkan gambar bukti.

Gambar hiasan

Bagaimanapun, seperti dilaporkan Fox News pada Selasa, ATSB tidak pernah mengiakan bukti dakwaan McMahon itu yang dikaitkan dengan pesawat hilang MH370.

Bahkan, mereka menganggap foto dikirim McMahon berasal dari gambar diambil 6 November 2009 iaitu empat tahun sebelum tragedi MH370 berlaku 8 Mac 2014.

The Sun sebelum ini melaporkan McMahon mendakwa pegawai di Australia tidak ingin pesawat itu ditemukan kerana penuh dengan lubang bekas peluru.

JACC membantah mengatakan dakwaan McMahon palsu.

Operasi mencari MH370 dilakukan tiga negara, Malaysia, Australia, dan China dan dihentikan pada Januari 2017.

Namun, pencarian dilanjutkan oleh syarikat eksplorasi bawah laut Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity secara kontrak oleh kerajaan Malaysia.

Ocean Infinity diberi tempoh 90 hari mencari MH370 sejak 17 Januari

Sementara, Bernama turut melaporkan kenyataan Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.
Azharuddin menasihatkan orang ramai agar merujuk kepada pihaknya atau laman sesawang MH370 untuk pengesahan, laporan serta berita berkaitan kehilangan pesawat tersebut.

Pasukan Respons MH370 berkata laporan penemuan pesawat MH370 bertajuk “MH370 found on Google Earth” yang tersebar luas baru-baru ini tidak berasas.

“Kami berpendapat laporan seperti itu tidak beretika dan perasaan keluarga serta orang tersayang dalam penerbangan MH370 itu perlu dihormati,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru