Friday, August 12, 2022

Abang Jo ziarahi jenazah Mendiang Siringan Gubat di Kota Kinabalu

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebentar tadi memberi penghormatan terakhir kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat yang meninggal dunia semalam.

Sejurus tiba dengan pesawat rasmi dari Kuching, Abang Johari yang diiringi Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan,Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah terus bergegas ke Wisma Fook Lu Siew di sini.

Abang Johari hadir ke Kota Kinabalu bagi menghadiri pelancaran Saluran TV baharu Radio Televisyen Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak malam ini.

Siringan meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 10.57 malam tadi di sebuah hospital swasta.

Beliau yang berusia 68 tahun meninggalkan isteri, Datin Rozelind Gubat, empat anak lelaki, seorang anak perempuan dan cucu.

Siringan yang merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO), akan dikebumikan pada Sabtu di Kampung Kinirasan, Ranau.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Ranau pada 2008 dan dipilih Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Paginatan pada tahun 2013. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru