PAS berazam hapuskan politik temberang, fitnah

0
2

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan sanggup diperkudakan dan menjadi pengkhianat kerana bersekongkol dengan parti yang menyatakan pendirian anti-Islam.

“PAS wajib menentang parti yang nyata anti-Islam, bersama Melayu yang diperkudakan dan pengkhianat bersekongkol dengannya yang bakal menjadi laksana ekor cicak terputus daripada badan kerana meninggalkan PAS,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, golongan berkenaan kini berani bersuara tanpa sopan terhadap sensitiviti umat Islam dengan kenyataan terbuka dalam urusan umat Islam.

Kata Abdul Hadi: ” Pas tidak bermusuh dengan mereka yang bersopan terhadap umat Islam.”

Katanya dalam satu kenyataan, PAS tidak boleh membiarkan pihak yang secara jelas memusuhi dan menggugat kuasa politik umat Islam.

PAs, katanya, memperkenalkan politik matang dan sejahtera bagi membersihkan politik temberang, bohong, fitnah dan melampau.

Katanya lagi, PAS tidak akan bersama pemimpin pembangkang yang menjadi punca kepada masalah dan penyakit terpaksa dihadapi negara.

Tanpa menyebut nama beliau jelas merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memerintah selama 22 tahun, dan kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, Bersatu dan Amanah. –Sarawakvoice