Semua parti tak boleh tubuh kerajaan melainkan tanya kita — Hadi percaya Pas kingmaker

0
3

SHAH ALAM: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih melihat kekuatan Pas sebagai kuasa penentu atau “kingmaker” pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Hadi mengulangkan pendirian bahawa Pas akan bertanding 130 kerusi pada PRU14 dengan pertimbangan jika tidak mendapat majoriti mudah, Pas masih mendapat banyak kerusi yang membolehkan ia relevan sebagai kingmaker.

Ketika itu menurut Hadi, Pas mempunyai kapasiti memaksa Barisan Nasional (BN) dan parti lain dalam Pakatan Harapan (Harapan) datang berunding untuk membentuk kerajaan campuran.

“Semua parti tak boleh tubuh kerajaan melainkan tanya kita,” kata Hadi di hadapan sekitar 2,000 hadirin dalam perhimpunan sempena program munajat perdana di Stadium JKR Shah Alam. –Sarawakvoice

Gambar fail