Friday, August 19, 2022

NASA ramal asteroid Bennu bersaiz lima kali padang bola langgar Bumi 2135

Secara Rawak

WASHINGTON: National Aeronautics and Space Administration (NASA) memberi amaran pada 2135 asteroid gergasi Bennu bersaiz lima padang bola, bakal melanggar planet Bumi.

Menurut Daily Mail asteroid tersebut dianggarkan seberat 79 bilion kilogram.

Media lain melaporkan asteroid tersebut memberi impak sehingga 80,000 kali berbanding bom Hiroshima.

Setakat ini, NASA mempunyai kapal angkasa Hypervelocity Asteroid Mitigation Mission for Emergency Response (Hammer) yang mampu melencongkan arah, bahkan menghancurkan asteroid agar tidak melanggar Bumi.

Saintis berpendapat lebih sebuah hammer diperlukan bagi menjayakan misi mengubah hala asteroid Bennu tersebut daripada menghentam Bumi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru