Saturday, June 25, 2022

PAS: Muhyiddin tergagap-gagap diminta bukti

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Fitnah dilemparkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terlalu dangkal dan hanya memalukan dirinya, kata Ketua Pemuda PAS Johor.

Ahmad Nawfal Mahfodz Muhyiddin sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri bukan sahaja tergagap-gagap tatkala diminta bukti, bahkan sedang berucap di Dewan Rakyat yang dipenuhi rujukan dan fakta.

Namun, ujarnya, keangkuhan diri menghalang beliau menarik balik tuduhannya itu.

“Kini bersama dahan rapuh PH pun, Muhyiddin tanpa segan silu bersumberkan lagi media milik Umno itu yang membenar dan mensahihkan pengakuannya seawal dipecat bahawa “Saya totok Umno” dalam majlis di Panchor, Pagoh. Hakikatnya, kebusukan PH dan Umno sama sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Beliau hanya mengundang ketawa dan mungkin dijangkiti penyakit mudah lupa setelah kembali akrab bersama Tun Dr Mahathir Mohamad. Di mana GST diluluskan semasa beliau masih sebagai TPM dan tidak pernah menyatakan bantahannya,” kata Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Pagoh itu.

Bahkan kini, menurut Ahmad Nawfal, bersama PH, beliau hanya menyokong pemansuhan GST, namun bakal diganti SST.

“Hanya PAS satu-satunya pihak masih konsisten menentang GST hingga hari ini. Melainkan PH yang sentiasa memomokkan secara salah dan lapuk sebagaimana dilakukan Muhyiddin,” tambahnya.

Terbaharu PAS meemberi komitmen memansuhkan GST dalam Manifesto Gagasan, malah menerusi Dokumen Hijau menyatakan alternatif ganti yakni dari cukai saham dan cukai korporat.

Beliau mengingatkan Muhyiddin untuk tidak perlu mempertahankan keangkuhan dirinya yang lebih buruk dari tahi GST dengan pelbagai skandal pernah terpalit.

“Kini PAS Kawasan Pagoh lebih bersemangat, memastikan keegoan itu dilenyapkan pada PRU nanti.,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru