Petinju Muhammad Farkhan julang nama Malaysia di Manila

0
11

MANILA: Petinju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila memenangi tali pinggang kategori Cruiserweight pada Kejohanan Cruiserweight Persekutuan Tinju Asia (ABF) di Manila, Sabtu.

Bekas petinju kebangsaan kelahiran Johor itu menewaskan wakil Indonesia, Jamed Jalarante menerusi kiraan ‘KO’ (Technical Knockout) pada pusingan keenam pertarungan, demikian menurut laman Facebook rasmi Johor Darul Ta’zim; Johor Southern Tigers.

Kejayaan terbaru menyaksikan anak kepada bekas petinju negara, Allahyarham Mohd Haron Ismail itu melebarkan rekod kemenangan dalam karier profesionalnya kepada enam perlawanan tanpa kalah.

Untuk rekod, Muhammad Farkhan sebelum ini pernah memenangi tali pinggang kategori ‘light heavyweight’ Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Johor Bahru, Januari tahun lepas.– BERNAMA

Foto: Facebook Johor Southern Tigers