Tuesday, September 27, 2022

Chong cadang bentang pindaan kecil PDA mudahkan S’wak nikmati hak petroleumnya

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen meminta Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak menyokong usul beliau yang dibentangkan di Parlimen bagi meminda Seksyen 2 (1) Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Menurut Chong yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak pada sidang media pada Ahad, pindaan kecil kepada seksyen tersebut bertujuan memberi laluan Sarawak mendapat hak petroleumnya.

Chong berkata, pindaan kecil dicadang dilakukan dengan menyisip perkataan “tidak termasuk Sarawak” dalam Seksyen 2 (1) PDA selepas perkataan “Malaysia”.

Chong mengaku mahu menggunakan peluang beliau membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong untuk membentangkan usul pindaan PDA 1974 tersebut yang dijangka berlangsung hari ini atau esok. –Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru