Saturday, June 25, 2022

Abang Johari sudah kenal pasti laluan pembinaan LRT

Secara Rawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bukan “hot air” seperti disifatkan pembangkang sebelum ini, dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sedia mengumumkan laluan bagi rancangan pembinaan sistem tersebut hujung Mac ini.

“Saya akan melaksanakannya dengan LRT ini nanti pasti akan membuka pembangunan negeri kita,” ujar Abang Johari berucap pada Majlis Perasmian 3 Dalam 1 Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching pada Ahad.

Abang Johari berkata, pembinaan LRT memerlukan perancangan teliti termasuk mengenal pasti laluannya serta kos pembinaannya menggunakan dana pinjaman Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

Jaringan LRT akan bermula di Kuching dahulu dan beliau membayangkan generasi PBB seterusnya boleh meneruskan sambungan pembinaannya melangkaui Sibu ke Miri.

Abang Johari turut menggesa ahli PBB memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang belangsung tidak lama lagi dan mahu PBB menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan. –Sarawakvoice

 

Foto : RTM Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru