Tuesday, June 28, 2022

MPNPOLL: Kerajaan telah beri keutamaan kepada kebajikan peneroka Felda

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Pihak kerajaan telah memberikan keutamaan kepada kemajuan dan kebajikan Felda sejak diwujudkan, kata MPNPOLL.

Menurut ketuanya Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Naharuddin berkata sebagai sebuah agensi kerajaan menjadi satu kemestian dalam pengurusan untuk terus mapan dan berterusan.

“Maka segala masalah yang berkaitan dengan hutang mestilah diselesaikan seperti jabatan dan agensi lain. Namun pihak kerajaan cakna dan prihatin masalah yang dihadapi peneroka dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Kata Shamsul, jumlah hutang para peneroka perlu dimuktamadkan bagi membolehkan pengumuman beberapa penambahbaikan Felda oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Usaha Felda untuk terus meningkatkan kesejahteraan para peneroka tak pernah terhenti, namun isu berbangkit perlu diselesaikan segera,” ujarnya. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru