MPNPOLL tingkatkan literasi dan kefahaman terhadap proses demokrasi

PUTRAJAYA: Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini melancarkan MPNPOLL yang bertujuan untuk meningkatkan literasi serta kefahaman terhadap proses demokrasi.

Menurut Ketua MPNPOLL Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Bahruddin, sebagai entiti bebas dan berkecuali objektifnya adalah untuk mengupas dan menganalisis pelaksanaan proses demokrasi di negara ini.

Katanya lagi, MPNPOLL juga diwujudkan untuk memberi input dasar berkaitan proses demokrasi dan pembangunan negara.

“MPNPOLL ialah sebuah entiti bebas yang didukung Majlis Profesor Negara untuk menganalsis pelaksanaan dan proses demokrasi, antaranya sistem pilihan raya berasaskan penyelidikan yang mendalam dan objektif,” katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi. — Sarawakvoice