Friday, September 30, 2022

Serang Megawati, Prabowo, Rizieq — penyebar berita palsu raih ribuan dolar AS$ dari iklan

Secara Rawak

JAKARTA: Lelaki menggunakan nama samaran KB dicari polis kerana menyebarkan berita palsu selama setahun melibatkan tokoh penting Indonesia seperti Megawati Soekarnoputri, Prabowo Subianto termasuk Rizieq Shihab.

Penyebaran berita palsu ini dilakukan demi meraih ribuan dolar AS melalui penyiaran iklan di blog miliknya.

Menurut BBC, KB ditahan pertengahan minggu ini didakwa melakukan perbuatan jenayah bermotifkan ekonomi itu.

KB didakwa mengaut keuntungan pada kali terakhir meraih AS$900 (RM3,500) sebulan daripada iklan Google adsense menurut Ketua Subdirektorat I Direktorat Tindak Pidana Siber Polri, Kombes Irwan Anwar, di Jakarta pada Khamis

Menurut Irwan, KB turut mengambil alih sekitar 1,000 akaun Facebook secara tidak sah.
Melalui akaun tersebut, KB dikesan menyebarkan tautan pelbagai berita dusta yang dimuat naik ke blognya bagi menarik pembaca.

Foto : Ammboi

Irwan melarang pihak media menayangkan beberapa bukti artikel berita dusta oleh KB kerana berisi kata-kata kasar dan kesat.

Selain menyiarkan berita palsu berkaitan beberapa tokoh, KB turut menerbitkan isu berkaitan kebangkitan Parti Komunis Indonesia (PKI).

KB dalam pengakuannya berkata, dia tidak mempunyai jaringan dengan mana-mana kumpulan dan berita palsu yang dihasilkan adalah atas inisiatifnya sendiri.

“Tujuan hanya untuk cari makan saja. Seratus-dua ratus ribu rupiah saja (sehari),” akui KB memetik laporan BBC..

Difahamkan khidmat iklan di internet membolehkan individu admin memperoleh ribuan dolar sebulan daripada Google Adsense dan Google Adwords bergantung kepada “traffic” pembaca blog.

Bagaimanapun, syarat meraih pendapatan tersebut, kandungan blog haruslah tidak melanggar syarat dari penyedia perkhidmatan.

BBC melaporkan pada 2016 polis di Jakarta menangani sekitar 300 media sosial dan media online yang menyebarkan berita palsu.

Sementara sepanjang 2017, pihak polis menerima sekitar 4,000 laporan berkaitan berita palsu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru