Tuesday, June 28, 2022

Jangan lari kalau kami hantar saman ke rumahnya! — Mohd Amar gertak Husam

Secara Rawak

KOTA BHARU: “Saya nak maklum, kalau ada orang Amanah sini tolong maklumkan kepada Encik Husam, kita ada lima saman menanti dia, pesan kat dia jangan lari kalau kami hantar saman ke rumahnya” kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memetik Astro Awani.

Menyampaikan ceramah “Bangkit Pertahan Kelantan” di Kampung Badang pada Khamis malam, Mohd Amar memaklumkan terdapat lima saman dikemukakan kerajaan negeri dan anak syarikatnya terhadap Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa.
Terbaru ialah saman dari Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).

Writ saman tersebut dikatakan dikemukakan atas tindakan Husam didakwa membuat kenyataan tidak tepat melibatkan beberapa isu termasuk isu air, isu penerokaan tanah dan lain-lains.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini pihaknya sudah menghantar saman ke rumah Husam, namun beliau enggan menerimanya sehingga notis saman berkenaan disiarkan di akhbar.

Sebelum ini Husam bekas exco kanan kerajaan Kelantan mencabar kerajaan negeri menyaman beliau sekiranya dakwaan beliau tidak tepat dalam isu kelulusan projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II bernilai RM27.1 juta.

Husam sebelum ini turut mendedahkan rakaman audio yang didakwa mengandungi suara ahli Pas berkaitan dakwaan menerima sejumlah wang daripada Umno. –Sarawakvoice

Foto : The Nation Has Spoken

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru