Saturday, December 3, 2022

Petros jadikan minyak dan gas pemangkin, pemacu ekonomi S’wak — Hamid Bugo

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak bernasib baik kerana ada orang yang sanggup berjuang merealisasikan pengembalian semula hak Sarawak ke atas sumber asli minyak dan gas biarpun agak lambat.

Dalam kenyataan beliau, Pengerusi Sarawak Petroleum Berhad (Petros) Tan Sri Hamid Bugo turut menganggap penubuhan Petros merupakan antara perkara terbaik yang berlaku di Sarawak.

Hamid mengucapkan terima kasih kerajaan negeri kerana menaruh keyakinan melantik beliau sebagai Pengerusi Petros dan lima lagi anggota Lembaga Pengarah iaitu Datuk Zuraimi Sabki, Sharbini Suhaili, Datin Josephine Anak Hilary Dom, Heng Hock Cheng dan Datuk Mohammad Medan Abdullah.

Hamid berkata tugas pertama Petros ialah membentuk pasukan kerja yang cekap melalui gandingan individu yang betul.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan anggota kabinetnya kerana keberanian mereka merundingkan dan memperoleh semula hak Sarawak.

Bercakap pada pelancaran Petros pada Selasa malam di hotel terkemuka di Kuching, Hamid bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak menganggap Abang Johari mempunyai pandangan jauh mewujudkan Petros, syarikat milik negeri itu.

Hamid berkata negeri ini memerlukan minyak dan gas untuk menjadi pemangkin serta memacu ekonominya.

Petros menurut beliau sedia menggunakan sumber minyak dan gas di negeri ini bagi aktiviti hiliran.

Beliau mahu pesaing sedia ada, menganggap Petros sebagai rakan dan dapat bersama-sama berganding bahu demi kebaikan Sarawak dan Malaysia. –Sarawakvoice

Foto : Petros.my

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru