Thursday, September 29, 2022

Pembangkang gesa SPR tidak undang pemerhati bebas dari Myanmar

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengundang pemerhati yang lebih berwibawa untuk pilihan raya umum ke-14.

Menurutnya, jemputan untuk pemerhati dari Myanmar dan Kemboja seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak wajar berulang.

“Ini kerana Myanmar pada saat ini mempunyai rekod buruk dengan isu berkaitan hak asasi manusia dan pendemokrasian serta Kemboja dipimpin Hung Sen menindas pembangkang juga mencengkam demokrasi,”’ katanya.

Wan Azizah yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh berkata demikian ketika berbahas menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semasa sidang Dewan Rakyat semalam.

“Saya menggesa undangan dipanjangkan kepada pemantau pilihan raya antarabangsa dari negara berwibawa,” katanya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menggesa SPR agar mengadakan tempoh kempen selama sekurang-kurangnya tiga minggu.

“Berbanding beberapa PRU lalu dengan tempoh kempen singkat, pada pilihan raya umum ke-14 nanti saya mencadangkan SPR mempertimbangkan ia diadakan tidak kurang 21 hari,” katanya.

Penganalisis politik menjangka  PRU diadakan pada 28 April atau 5 Mei. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru