KUCHING: Kepimpinan tertinggi Parti Rakyat Bersatu (UPP) masih berbincang positif dengan Parti Rakyat Bersatu (SUPP).

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh bercakap berkaitan isu tersebut selepas merasmikan penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang Pusingan Kelayakan Malaysia Timur Kejohanan Catur Inggeris Antarabangsa Lions Malaysia Pertama Bagi Golongan Kelainan Upaya di pusat beli-belah Vivacity Megamall.

Wong yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang berkata tiada tempoh akhir ditetapkan bagi kedua-dua pihak membincangkan isu penggabungan tersebut.

Menurut Wong kebanyakan ahli alam UPP sudah dipecat keahlian mereka dahulu daripada SUPP, justeru UPP akan menyelesaikan isu mendaftarkan semula ahlinya bagi tujuan penggabungan berkenaan.

Wong berkata beliau menyerahkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang sudah berulang kali menyarankan kedua-dua parti dengan ahli majoriti Cina itu agar bergabung bagi memastikan Barisan Nasional Sarawak kuat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. — Sarawakvoice