Thursday, September 29, 2022

Pengumuman Abang Johari esok mengenai hak Sarawak dalam MA63 berkait ‘sumber asli’

Secara Rawak

KUCHING: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam membayangkan bahawa pengumuman penting beliau pada esok berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 ada kaitan dengan sumber asli.

“Ia berkaitan dengan kementerian ini dan ia akan bertanggungjawab mengenainya.

“Saya berharap semua kakitangan bersedia,” katanya ketika menutup rasmi Program Team Building Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli di Santubong semalam.

Abang Johari memberitahu, perkara tersebut telah mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media semalam memberi bayangan akan menyokong usaha terbabit.

Abang Johari mula membayangkan ‘pengumuman penting’ itu sewaktu berada di Sibu minggu lalu.

Beliau kini berada di Singapura dalam lawatan rasmi dua hari.

Difahamkan, beliau akan mendapat taklimat pada hari ini sebelum berjumpa Timbalan Perdana Menteri Singapura, selain dikunjungi hormat dua menteri kanan negara itu.

Ketua Menteri turut dijadualkan menyaksikan pemeteraian persefahaman di antara Sarawak Pay dan Singapore Pay.

Pembayaran mudah alih secara Kod QR itu kelak dapat digunakan di kedua-dua negara itu kelak. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru