Saturday, December 3, 2022

Mat Sabu seru parti komponen PH bergerak sebagai satu pasukan hadapi PRU14

Secara Rawak

IPOH: “Kita semua perlu bergerak sebagai satu pasukan,” kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Haji Mohamad Sabu berucap merasmikan Mesyuarat Penerangan Jawatankuasa Mobilasi dan Komunikasi Pakatan Harapan (Harapan) Perak di Kamunting.

Beliau menyeru semua anggota parti komponen Harapan bergerak sebagai satu pasukan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengingatkan, misalnya apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di sesuatu Dewan Undangan Negeri (DUN), janganlah memboikot mereka.

“‘Biarlah mereka dengan 12 orang ahli bergerak sendiri’ — Usah jadi begitu. Jangan ada ucapan begitu keluar daripada kita,” kata Mat Sabu memetik laporan Malaysia Dateline.

Ini kerana menurut beliau, jika PKR kalah di DUN tersebut, maka yang kalah bukan PKR sahaja, tapi selain PKR yang kalah juga adalah Amanah, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Turut hadir dalam program tersebut ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Harapan Perak V Sivakumar, Ketua Penerangan Harapan Perak Chang Lih Kang, Senator Aisyah Sheikh Ismail dan Datuk Seri Khairuddin Hasan. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru