Saturday, October 8, 2022

Ringgit dijangka 3.95 berbanding dolar minggu depan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam lingkungan paras 3.95 berbanding dolar AS minggu depan, kata peniaga.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata prestasi ringgit akan dipengaruhi oleh persekitaran ekonomi luaran termasuk sebarang keputusan dan pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

“Sentimen itu akan turut dipengaruhi oleh pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat baru-baru ini mengenai kemungkinan kadar faedah negara itu akan dinaikkan sebanyak 4 kali pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup lebih tinggi pada paras 3.9020/9050 berbanding dolar AS daripada 3.9170/9200 pada minggu sebelumnya.

Selain itu, ringgit turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9532/9565 berbanding 2.9607/9639, meningkat berbanding euro kepada 4.7901/7946 daripada 4.8203/8255 dan menokok berbanding pound Britain pada 5.3742/3795 daripada 5.4705/4762.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding yen kepada 3.6888/6934 daripada 3.6642/6677, minggu lepas.–BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru