Friday, August 12, 2022

Dua pelajar maut,motosikal bertembung pacuan 4 roda di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Dua pelajar perempuan maut setelah motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu pada 6 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata kedua-duanya yang dikenal pasti sebagai Farliorina Ija Ngalon,17, serta pembonceng Ivory Usun Jau,16 maut di tempat kejadian manakala pemandu pacuan empat roda berusia 48 tahun tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yangn dinaiki dua pelajar terbabit memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya semasa kejadian, keadaan jalan raya adalah basah akibat hujan dan kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.– BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru