Thursday, December 8, 2022

PRU14: Tahap siap siaga polis seluruh negara 99.9 peratus

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tahap siap siaga anggota dan pegawai polis di seluruh negara berada pada 99.9 peratus bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siap siaga Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada PRU kali ini adalah luar biasa berbanding PRU terdahulu.

Beliau berkata PDRM juga telah melakukan kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan seluruh proses pilihan raya berjalan lancar.

“Saya sendiri turun ke semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) supaya demokrasi diterjemah sepenuhnya untuk semua calon politik daripada semua parti politik dalam menggunakan hak mereka sebagai calon sepanjang PRU14 dijalankan.

“Dalam hal ini, kita ada kesiapsagaan luar biasa berbanding PRU sebelum ini kerana kita mahu tentukan bahawa pengundi-pengundi kita berasa selamat,” kata pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi PDRM di IPK Kuala Lumpur, di sini.– BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru