KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini semalam untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 8.40 malam.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan beberapa anggota Kabinet Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi awam negeri dan persekutuan.

Hari ini Najib dijadual mengadakan ‘Walkabout’ ke bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok dan SMK Telipok sebelum merasmikan projek pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau kemudian akan menunaikan solat Jumaat bersama warga kampus UMS di Masjid UMS sebelum menghadiri program Perhimpunan Perdana Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan.

Pada malamnya, Najib dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kumpulan Etnik dan Kesenian Negeri Sabah sebelum berlepas ke Terengganu.– BERNAMA