Friday, October 7, 2022

Selain program bersama saudara baru, MIS lancarkan Aplikasi Jejak Asnaf hulur bantuan

Secara Rawak

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) telah melancarkan Aplikasi Jejak Asnaf melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi membolehkan masyarakat Islam di Sarawak memaklumkan maklumat berkaitan asnaf yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing.

Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha berkata,k aplikasi ini merupakan usaha proaktif MIS bagi memastikan masyarakat Islam di Sarawak mendapat pembelaan sewajarnya

Bercakap pada perasmian Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Sarawak Ke-58 di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kompleks Islam Sarawak, Misu berkata MIS komited mempertingkatkan perkara berkaitan agama Islam di negeri ini.

Pada majlis tilawah disertai 20 qari dan qariah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg itu, Misnu mendedahkan berkaitan pembangunan masjid, MIS mengusahakan Standard Penarafan Masjid Negeri Sarawak untuk semua masjid di negeri ini.

Piawaian penarafan ini diperkenalkan bagi memastikan semua masjid di seluruh Sarawak dipastikan sentiasa bersih, ceria dan kemas.

Berkaitan aktiviti MIS, Misnu, MIS berkata pada 12 Mac akan dianjurkan Mutaqa Imam, Guru Takmir dan Guru KAFA Sarawak.

Selain itu, pada 8-9 Ogos berlangsung Nadwah Ulama Nusantara yang menghimpun ulama dan umarak bagi membentangkan tajuk serta isu berkaitan masyarakat Islam di Nusantara.

Program lain yang diusahakan MIS ialah mengadakan program bersama saudara baharu di negeri ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru